MAS KAHWIN, GAJI dan HONG KONG

Ketika berada di negara Arab tidak lama dahulu, saya BER peluang untuk bertanya beberapa individu yang sudah lama menetap di mekah mengenai kadar mas kahwin di negara-negara teluk. Saya juga mahu kepastian mengenai kadar mas kahwin di negara kelahiran Rasulullah S.A.W

Menurut beliau, mas kahwin di negara teluk boleh mencecah hingga ke rm100 ribu.

Saya tak terkejut dengan kadar itu. Memandangkan mereka mampu dan kebanyakan orang arab ialah peniaga atau usahawan. Mereka banyak wang.

Gaji di sana pun agak tinggi dan barang-barangnya pula tidak begitu mahal.

Sekiranya si lelaki Arab itu tidak cukup wang mas kahwin, maka rundingcara di antara si lelaki dan perempuan boleh di buat dan kadar yang tertentu akan di tetapkan.

Di Arab mereka tidak mampu kahwin dua kerana kadar mas kahwin yang tinggi. Maka poligami di sana terkawal lah sedikit. Unless u r so damn rich la.

Mereka juga lebih menghargai perkahwinan mereka memandangkan mereka dah labur RM100K untuk mas kahwin.

Untuk pengetahuan semua, mas kahwin merupakan pemberian si lelaki kepada si perempuan. Ia merupakan hak mutlak si perempuan. Bahkan si lelaki atau si ayah perempuan itu tak boleh mintak balik mas kahwin kecuali si perempuan itu memberinya dengan ikhlas.

“Bagaimana kamu tergamak ambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan isteri-isteri kamu itu telah pun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu” An Nisaa 21.

Islam memberi advantage yang banyak kepada kaun wanita. Sehinggakan apabila berlaku perceraian juga si suami perlu menyediakan tempat kediaman yang setanding.

“berilah bekas isteri yang telah di ceraikan tempat kediaman, kira-kira yang setimpal dgn tempat yang telah kamu diami menurut kemampuanmu. JANGANLAH KAMU SUSAHKAN MEREKA (ex wife) dengan sengaja dengan tujuan untuk menyusahkan mereka (balas dendam). Apabila mereka hamil berilah mereka nafkah hingga melahirkan anak” At-talaq 6

Di Malaysia lain pula halnya, mas kahwin murah sesangatnya. Maskahwin di beberapa negeri di Malaysia ialah dari RM22.50 sen seorang (from RM22.50 cents). Harganya bersamaan dengan harga 2 kampit beras. Mas Kahwin ‘mega sales’ ini mungkin ada kaitan dengan keadaan socio ekonomi orang Melayu yang berminat untuk berniaga. Kebanyakan melayu tidak berniaga dan suka hidup sebagai masyarakat blue collar dan white collar (pekerja).

Oleh kerana di sebabkan oleh faktor gaji atau kemampuan maka kadar mas kahwin tidak lah sampai ke RM 100 K.

Tetapi yang saya hairan kenapa kenduri boleh belanja sampai ke RM50K walhal gaji ciput…

Gaji di Malaysia rendah dan harga barangannya tinggi. Nasib baik kerajaan support rakyat miskin dengan menyediakan rumah rakyat PPR dan sebagainya.

Masalah dengan harga pula, harga jualan barang-barangan di Malaysia di kawal oleh peniaga-peniaga.

Kecuali harga barang keperluan asas yang di kawal oleh kementerian.

Berbeza pula keadaan gaji dengan negara lain. Ketika berada di UK, saya lihat gaji orang BRITIAN agak tinggi dan barangan mereka juga murah. Seluar jeans LEVI’S original di jual dalam 70-90 pound.

Gaji orang UK boleh tahan. Contoh di bawah;

Cleaner (tukang sapu) di sana di bayar dalam 7 pound sejam. Fakta ini di ambil dari laman web cari kerja kategori cleaner. CLEANER JOB.

GAJI tukang sapu di hong kong pula (cleaner) di bayar sebanyak 4500 HK sebulan. Ia bersamaan RM 2000 lebih la. Sumber ini di ambil dari:

Hong kong merupakan sebuah negara kecil yang tidak ada sumber mentah macam di Malaysia. Minyak takde ye, kelapa sawit takde, getah takde, timah pun talak. Minyak rambut ade lah.

Persoalannya, bagaimana gaji tukang sapu di HONG KONG boleh cecah RM2000 ribu lebih sedangkan HONG KONG tiada sumber bahan mentah?

PROF kene kaji dan boleh bagi hujah….

Leave a comment