Posts Tagged: idea


12
May 10

Usahawan

Saya tertanya-tanya kepada diri saya, bagaimana mereka boleh mendapat ilham menjual pakaian sejuk walhal Malaysia mempunyai musim panas sepanjang tahun.

Kenapa mereka boleh membuat seseuatu perniagaan itu berjaya dan sustainable (kekal) walaupun ia tidak nampak logik bagi pandangan sesetengah pihak.

Inilah perniagaan, di mana ada permintaan, di situ ada perniagaan. Yang paling utama ialah cetusan idea bagi menubuhkan sesuatu perniagaan.

Idea datang dari akal yang suka berfikir, dan akal yang sempurna datang dari makanan yang berkualiti seperti ikan (bukan ikan sardine) dan sayur-sayuran. Saya tahu ramai orang Melayu tidak gemar memakan sayur-sayuran..

Berani dan modal pun mesti ade gak. Jikalau ada keberaniaan atau keyakinan diri dan kebijaksanaan sudah tentu kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan MODAL. Susah betul nak tengok usahawan melayu dalam perniagaan yang sebegini rupa (perniagaan yang mencabar).

Perniagaan yg banyak di ceburi sekarang ialah pelaburan intenet, prepaid dsbnye. Mungkin kerana modal permulaannya kecil dan tak perlu berfikir panjang atau tidak perlu banyak fikir. Orang kite kan suke yang mudah-mudah atau sempoi-sempoi. Boleh di katakan semua barangan orang-orang Melayu di buat oleh orang bukan Islam, seprti kad kawin, baju, kasut, dan lain-lain.

Bagi BANGSA MELAYU yang ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai iman, takwa, rendah diri, idea yang kreatif, punca kewangan yang kukuh, kesabaran yang kental dan berjiwa seni. Sesuatu perniagaan yang di bangunkan mesti sekurang-kurang nya perlu mengharungi 6 bulan hingga ke setahun (1 tahun) tanpa ada keuntungan (tiada business). 6 bulan ni lebih kurang macam bulan perkenalan la kot. masa 6 bulan ini la nak iklankan perniaggan kita all out. iklan pun perlu ade seni. takkan main kertas photostat je (nak murah je)