Saya tidak berapa setuju sekiranya solat itu di anggap sebagai satu senaman. Pergerakan solat yang di lakukan oleh umat Islam datang dari pergerakan yang di ambil dari Rasulullah S.A.W. “Sembahyanglah seperti mana kamu melihat aku sembahyang.” Rasulullah tidak pernah pernah mengklasifikasikan solat sebagai satu senaman seperti mana di klasifikasikan oleh orang Melayu . Allah s.w.t tidak pernah menyuruh kita menganggap solat itu sebagai satu senaman. Bahkan tidak pernah saya baca Allah mengarahkan makhluk di dunia INI tidak kira jin atau manusia untuk bersenam kepada KU.
Jika anda tidak mampu solat dengan berdiri maka duduklah.
Pergerakan Solat merupakan identiti penyembahan masyarakat ISLAM.
Jangan samakan solat dengan senaman… kerana ia mempunyai perbezaan.
Senaman ialah pergerakan yang mampu mengeluarkan peluh dan sangat memenatkan.
Solat pula tidak mampu mengeluarkan peluh dan tidak pula memenatkan.
Bahkan solat iTU wajib kerana Allah dan bukan kerana sebab-sebab lain.
Solat adalah sesuatu yang menyeronokkan dan saya anggap sesiapa yang tidak melakukannya dikalangan orang-orang yang rugi.
Saya bimbang sekiranya solat itu di samakan dengan fungsi senaman, kerana saya yakin ia akan membentuk minda melayu supaya menganggap solat itu seperti satu aktiviti yang memenatkan dan tidak perlu di lakukan.
Kalaulah sentimen senaman ini di gunakan bertujuan untuk mengalakkan atau mengajak orang Melayu bersembahyang, saya rasa itu tidak akan berlaku.
Ini kerana orang Melayu tidak minat untuk bersenam. Bahkan orang Melayulah yang paling banyak ‘gedebok’, atau gemuk . Keadaan fizikal rakyat Malaysia ini di ambil dari kajian kementerian kesihatan Malaysia iaitu JABATAN KERAJAAN.
Mungkin jika mereka berminat, mereka boleh tampal poster di masjid atau di surau dengan perkataan ini
“JOM SOLAT” “ANDA MAMPU KURANGKAN KOLESTEROL 0!”
Belum pernah saya melihat sesiapa yang keluar dari masjid dalam keadaan penat, termengah-mengah dan berpeluh-peluh.
Berbeza keadaannya jika anda bersolat di Mekah. Sekiranya anda pernah ke Mekah dan berjalan dari hotel ke Masjidil Haram, menunaikan solat berjemaah yang agak lama, di bawah panas terik, di bulan ramadhan, anda pasti akan rasa kepenatan.
Memang saya tidak menafikan solat mempunyai pergerakan yang baik dan statik dan ia di percayai mampu menegangkan urat 0, mempunyai tekanan yang rendah dan mampu mengalirkan darah ke otak ketika kita bersujud. Tetapi saya tidak pasti samaada ia boleh menguruskan badan.
Saya yakin dan bersetuju apa jua bentuk pergerakan yang di tuntut oleh Agama Islam mendatangkan kebaikan kepada umatnya dan masyarakat di dunia jika mereka berminat mencubanya.
Apa jua arahan agama ISLAM tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikan umatnya dan mana-mana amalan yang mendatangkan kebaikan pada dirinya, keluarganya, bangsanya dan masyarakatnya di anggap sebagai amalan yang baik dan merupakan tiket untuk ke masuk ke dunia syurga..
INI KERANA ISLAM ITU REALISTIK.
Memang benar, Solat adalah satu pergerakan yang mendatangkan kebaikan kepada manusia. Apatah lagi ia adalah pergerakan tubuh badan yang sangat ringan dan berhati-hati dan tidak boleh mencederakan muscle.
Sebenarnya bukan sahaja solat yang mampu mengurangkan kolesterol, apa-apa pergerakan yang di buat oleh manusia, samaada berjalan sambil berzikir, bercakap selama 2 jam, menyanyi, membebel, menaiki tangga flet sambil berzikir, berjalan kaki ke tempat kerja sambil berzikir, berlari berzikir, hubungan seksual dengan isteri yang sah, berjalan ke tempat makan juga boleh mengurangkan kalori atau kolesterol. Ia juga di anggap sebagai pergerakan yang aktif .
Membebel juga memenatkan dan boleh mengurangkan kolesterol. Sebab itu anda akan lihat seseorang itu kepenatan dan terdiam selepas membebel.
Kalori yang di bakar dari pergerakan anggota badan bergantung kepada saiz badan.
Bila tubuh badan bergerak ia akan membakar kalori. Tetapi kalau yang berjalan itu bertubuh gempal, beliau perlu berjalan lebih lama.
Mengalakkan orang bersenam
Di Amerika ada satu institusi atau badan yang di beri tanggungjawab untuk mereka bentuk bandar dengan menyediakan kemudahan melakukan pergerakan fizikal. Saya lupa laman web Institusi tersebut. Bandar yang akan di bina perlu lah mempunyai ciri-ciri mengalakkan penduduknya bergerak secara fizikal dengan aktif dari rumah ke tempat kerja, pejabat pos, kedai, public transport dan etc etc…. Merekalah yang di pertanggungjawab menyediakan konsepnya. Tujuan mereka ialah memastikan masyarakat di bawah bandarnya mempunyai kehidupan yang sihat.
Mengenai solat pula, bagi benar-benar mengoptimasikan (mengoptimumkan) pergerakan solat itu kita perlu memanjangkan solat dari 3 minit ke 40 minit. Ketika berada di Mekah dan Madinah solat fajr atau suboh (pagi) dua rakaat, di laksanakan selama 25 – 30 minit. Solat Fajr di tempat kelahiran Rasulullah S.A.W amat panjang dan tidak ada doa qunoot.
Imam di sana membaca surah yang panjang dan sedap di dengar. Kalau di Malaysia kebanyakannya kita membaca surah yang pendek dan surah itu boleh di habiskan dalam masa 10 saat sahaja. Sujud juga perlu di panjangkan. Begitu juga dengan ruku’. Hanya dengan memanjangkan solat sahaja mampu mengurangkan sedikit kolesterol.
Mungkin anda pernah mendengar atau terbaca junjungan besar kira Rasulullah S.A.W pernah bersenam dengan berlumba lari dengan isterinya Sayditina Aisyah R.A.
Saya juga berminat untuk mengetahui apakah jenis aktiviti senaman yang di lakukan oleh Rasulullah S.A.W, atau apakah aktiviti sihat yang di lakukan oleh umat terdahulu di zaman Nabi-nabi terdahulu.
Di zaman Rasulullah ketika Umatnya dan tentera-tentera Islam berperang dengan musuh Islam, mereka memerlukan fizikal badan yang sihat dan tajam pemikirannya. Hanya tubuh badan yang sihat sahaja mampu bergerak maju dengan bersemangat.
Bayangkan jika tentera Islam pada ketika itu tidak mempunyai fizikal yang kuat atau lembek.
Boleh menang ke peperangan itu?
Pada zaman itu tidak ada pengangkutan yang berenjin seperti mana zaman ini. Jadi pergerakan fizikal amat di perlukan.
Bersenam dan makanan seimbang mana satu di utamakan?
Barangkali tentera-tentera Islam pada ketika itu mempunyai tabiat memakan makanan yang baik. Makanan yang di makan oleh mereka berzat dan berkhasiat.
Saya ada membaca sebuah buku yang di karang oleh seorang Professor di Amerika, yang bernama RAYMOND J. MANDEROLA. Beliau telah pun memeluk Islam.
Saya berbangga di negara seperti AMERIKA, berbondong-bondong warga Amerika menerima Islam walaupun di negara Amerika terdapat banyak kekurangan. Di sana terdapat pelbagai bentuk hiburan, alcohol, dan bermacam-macam lagi keseronokan, tetapi ada di kalangan mereka yang boleh menerima Islam dengan keyakinan yang tinggi.
Warga Amerika yang memeluk ISLAM terdiri dari kalangan pengkaji-pengkaji (orang yang suka berfikir), (bijaksana) dan mereka menerima Islam bukan kerana perkahwinan tetapi mereka menerima Islam selepas mengkaji ISLAM dengan mendalamnya.
Faktor ini ada kaitan dengan faktor personaliti bangsa itu yang sangat gemar mengkaji dan berfikir.
The westerner are the researcher of ISLAM.
Di dalam bukunya yang bertajuk HEALING WITH THE MEDICINE OF THE PROPHET, beliau telah mengkaji tabiat permakanan serta menu Rasulullah dan khasiatnya 1 makanannya.
Menu atau makanan Rasulullah yang di makan di percayai mempunyai kebaikan yang sangat baik pada tubuh badannya.
Daripada rempah, buah kurma, daging, air, susu, madu dan bermacam-macam lagi telah di kaji oleh professor itu.
Professor itu juga telah mengelar Rasulullah sebagai dietitian kerana ciri-ciri pilihan menu nya yang mempunyai khasiat yang baik.
Menurut beliau, Rasulullah telah mengambil diet yang seimbang untuk makanan hariannya. Sepatutnya kajian pilihan makanan Rasulullah di kaji oleh PROFESSOR tempatan yang berbangsa melayu dan di bukukan supaya kita boleh buat rujukan.
Ini juga membuktikan bahawa pergerakan yang lembut belum tentu mampu mengurangkan kalori jika kita tidak menjaga permakanan.
Yang paling utama ialah menu makanan harian kita perlulah datang dari makanan yang berkhasiat, berkualiti dan seimbang.
Di akhir post ini saya letakkan link penyakit-penyakit kritikal serta boleh membawa maut di sebabkan permakanan yang tidak berkualiti dan tidak berkhasiat.
Mengenai Pergerakan Yoga 4 pula, saya pasti ia datang dari Hindu. Pergerakan senaman YOGA 0 mempunyai kaitan dengan masyarakat hindu. Tidak perlu seorang professor untuk memberitahu saya Yoga itu datang dari HINDU.
Yoga di Malaysia di amalkan bagi tujuan senaman.
YOGA di percayai mempunyai ciri-ciri regangan urat yang medatangkan kebaikan kepada sesiapa yang mengikutinya.
Saya tidak pasti dari mana teknik regangan ini di ambil.
YOGA di percayai sudah lama wujud dan ia di anggap sebagai pergerakan Ancient 0. Di percayai sudah wujud lama dahulu. Untuk pengetahuan kita semua Hindu sudah lama wujud di muka bumi ini. Jadi tidak mustahil YOGA juga wujud selari dengan agama Hindu.
Cuma saya tidak pasti samaada Yoga yang di ajar di kelab-kelab senaman DI MALAYSIA di serapkan bacaan mentera. Atau di hidupkan kemenyan seperti yang biasa di lakukan oleh orang Melayu.
Saya juga tidak pernah mendengar orang Islam terpengaruh dengan AGAMA Hindu setelah mengikuti kelas YOGA.
Selama saya melalui sebuah kuil ketika berulang-alik ke KLIA, saya tidak pernah ternampak pengikut agama Hindu bersembahyang dengan melakukan pergerakan yoga seperti meletakkan kepalanya di bawah dan kakinya ke atas. Sekiranya ada sesiapa yang nampak, tolong bagitahu saya.
Sekiranya anda merasa was-was dengan senaman Yoga, anda juga perlu berasa was-was terhadap beberapa amalan hindu yang lain yang sudah lama di amalkan oleh orang Melayu seperti tepung tawar dan bermacam-macam lagi.
Terlampau banyak amalan-amalan syirik yang boleh merosakkan akidah telah di melayukan dan di serap ke dalam kehidupan orang Melayu.
Begitu juga dengan ajaran sesat.
Ramai orang-orang melayu terutama generasi tua yang terlibat dalam ajaran sesat. Lihat sahajalah pengikut ajaran sesat. Pengikutnya tua dan ketuanya juga tua.
Banyak aktiviti-aktiviti yang di buat hari ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti-aktiviti terdahulu.. Samaada ia ada persamaan denga Islam. Siapa tiru siapa, itu juga perlu di kaji dan di bukukan. Harap professor di Malaysia yang di beri gaji yang tinggi dapat mengkajinya dan di bukukan kajiannya.
Oleh kerana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan warna adalah untuk kita kenal mengenal di antara satu sama lain, saya yakin ada perkara yang di tiru dan di gunakan oleh bangsa lain.
Pernah seorang sahabat bertanya kepada saya: “Zaman jahiliyah (zaman sembah berhala orang-orang quraish), ada tak amalan-amalan atau aktiviti-aktiviti arab quraish yang di haramkan oleh Rasulullah selepas Islam menjadi Agama Rasmi di Mekah dan Madinah?”
Saya menjawab: “Ada! Amalan Seperti membunuh anak perempuan, arak, zina, penyembahan berhala, menilik syirik, di larang dan di haramkan.
Sahabat saya bertanya lagi: “Ada tak amalan-amalan atau aktiviti-aktiviti orang Arab Quraish yang memeluk Islam yang di terima oleh Rasulullah s.a.w?”
Contohnya; sebelum Islam di terima oleh orang Arab quraish, quraish suka bergendang. Selepas quraish menerima Islam, adakah Rasulullah menghalang quraish memukul gendang atau adakah aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi kelaziman masyarakat quraish di halang secara total?
Ada tak aktiviti-aktiviti arab jahiliyah yang telah di terima, di rebrandingkan dan di implementasikan sehingga ke hari ini.
Saya serahkan kepada Professor yang bergaji tinggi untuk menjawab soalan sahabat saya itu…
Kembali kepada senaman YOGA itu, agak menyedihkan apabila melihat orang Melayu tidak ada indentiti senaman yang melambangkan kemelayuan.
Sekurang-kurangnya masyarakat Hindu mempunyai identiti senaman mereka yang tersendiri.
Dan jika anda tidak mahu melakukan YOGA anda boleh melakukan senaman dari Barat sepertimana yang di amalkan oleh masyarakat Nasrani seperti berlari, aerobic, indoor atau outdoor dan sebagainya.
Yang paling teruk, kamu duduk mengelepek sahaja di depan TV tanpa buat apa-apa.
Wallahualam…
Ada beberapa penyakit kritikal dan boleh membawa maut akibat daripada kegemukan (OBESITI).
Klik Medical conditions related to obesity
Sekiranya rokok di haramkan kerana boleh membawa maut…..
Makanan yang kita makan juga boleh mendatangkan kemudaratan. Kurangnya aktiviti fizikal yang aktif juga boleh menyumbang kepada beberapa penyakit kritikal. Oleh itu kita perlu memilih makanan yang berkualiti dan mempunyai zat yang tinggi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Anda boleh kaji jenis-jenis makanan atau menu harian Rasulullah s.a.w yang mempunyai kualiti serta mempunyai zat yang tinggi. Kita juga boleh kaji aktiviti-aktiviti fizikal yang aktif yang di lakukan oleh Nabi kita.
“Demi sesungguhnya, adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada di waktu susah mahu pun senang).” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)